Antarabangsa

Hentikan Mempolitikkan Isu Perubahan Iklim

Jangan lupa sertai TiktokYoutubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

SHANGHAI, 30 Oktober 2022 – China gesa kebanyakan negara agar berhenti mempolitikkan isu perubahan iklim, sambil memberi amaran bahawa penindasan industri panel solar China boleh menjejaskan peralihan global kepada tenaga bersih.

“Kami menentang sebarang bentuk perdagangan atau halangan teknologi yang ditubuhkan atas nama perubahan iklim,” kata Ketua Pejabat Perubahan Iklim di Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar China, Li Gao.

Sebelum ini, Amerika Syarikat mengharamkan import produk solar dari Xinjiang, wilayah pengeluar utama polysilicon, yang juga komponen utama solar.

Li juga menyifatkan rancangan Eropah untuk mengenakan tarif karbon ke atas eksport dari China dan tempat lain sebagai perkara yang tidak munasabah.

Sempena pusingan baru rundingan iklim global (COP27) yang bermula di Sharm el-Sheik Mesir pada 6 November ini, Li turut berharap negara kaya tidak lagi berkata kosong apabila menyatakan komitmennya berkaitan perubahan iklim.

“Mengemukakan sasaran memang penting, namun lebih penting lagi mengubahnya menjadi tindakan,” kata Li ketika taklimat media di Beijing.

Pada 2009 lalu, negara kaya berjanji untuk menyediakan AS$100 bilion (RM472 bilion) setahun menjelang 2020 untuk membantu negara membangun menyesuaikan diri.

Menurutnya, kelewatan berbuat demikian menyebabkan proses kemajuan terhalang, di samping merosakkan kepercayaan bersama.

“Oleh itu, kami menggesa negara maju untuk memenuhi komitmen pembiayaan tahunan mereka sebanyak AS$100 bilion (RM472 bilion) secepat mungkin, bukannya hanya menyerahkan laporan kepada COP27 dengan alasan kelewatan,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: