Antarabangsa

Lawatan Ketua Hak Asasi Manusia PBB Tertumpu Kepada Muslim Uyghur

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

XINJIANG, 25 Mei 2022 – Ketua Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Michelle Bachelet berhasrat menumpukan perhatian kepada isu umat Islam di Uyghur dalam lawatannya ke China yang telah bermula baru-baru ini.

Lawatannya ke negara tersebut merangkumi wilayah terpencil Xinjiang, di mana orang Islam Uyghur dan golongan minoriti Islam yang lain ditempatkan dan ditindas.

Lawatan itu juga merupakan lawatan kali pertama yang dilakukan pegawai hak tertinggi PBB ke China dalam tempoh hampir dua dekad, seperti dilaporkan Al-Jazeera.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Wang Wenbin turut memaklumkan, perjalanan Bachelet akan dilaksanakan secara tertutup disebabkan wabak COVID-19 dan kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak membawa mana-mana wartawan mengikuti mereka.

“Bachelet dijangka akan bertemu pemimpin China dan ‘mempunyai pertukaran meluas dengan orang dari pelbagai sektor,” tambah Wang Wenbin, tanpa mengulas lanjut.

Walau bagaimanapun, lawatan Bachelet mendapat kritikan Amerika Syarikat (AS) kerana bimbang sekiranya gagal mendapatkan apa yang diingininya.

“Kami tidak meletakkan sebarang harapan terhadap China untuk memberi akses yang diperlukan dalam melaksanakan penilaian lengkap dan tidak dimanipulasi mana-mana pihak berkaitan isu hak asasi manusia di Xinjiang,” ujar jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price.

Tambah Agnes Callamard, Setiausaha Agung Amnesty International berkata bahawa kunjungan tersebut akan menjadi pertempuran melawan tindakan kerajaan China menutup kebenaran.

Sebelum ini, Parti Komunis China (PKC) yang memerintah negara itu dipercayai telah menahan lebih satu juta warga Uyghur dan golongan minoriti Islam lain di bawah peraturan keselamatan yang ketat selama bertahun-tahun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: