Antarabangsa

Keputusan Mahkamah Kes Pesawat MH17 Bakal Diketahui November Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMSTERDAM, 16 Ogos 2022 – Keputusan mahkamah berkenaan kes pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, bakal diketahui pada 17 November tahun ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Belanda.

Kes tersebut melibatkan empat orang tertuduh yang dipercayai terlibat menembak jatuh pesawat MH17 sehingga mengorbankan 283 penumpang dan anak kapal.

Empat orang tertuduh tersebut ialah: Oleg Pulatov, Igor Girkin, Sergey Dubinsky, dan Leonid Kharchenko yang berasal dari Ukraine.

Namun, menurut laporan, keempat-empat tertuduh tersebut masih bebas dan persidangan mahkamah ke atas mereka hanya dilakukan secara ex parte (tanpa kehadiran tertuduh) kecuali Oleg Pulatov yang menghantar peguam bagi membela dirinya.

 

Peguam Oleg Pulatov menghujahkan bahawa sidang mahkamah tersebut adalah “tidak adil” kerana tidak mengambil kira hujahan mengenai penglibatan Oleg Pulatov dan mengenai sebab-sebab lain yang mungkin mengakibatkan MH17 terhempas.

Terdahulu, pesawat MAS, MH17 telah ditembak jatuh di kawasan timur Ukraine di mana tiga orang warga Rusia dan seorang warga Ukraine telah dikenal pasti sebagai suspek kejadian tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: