Antarabangsa

Jumlah Anak Berkurang, China Bakal Gubal Dasar Kadar Kelahiran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIJING, 17 Oktober 2022 – China bakal menggubal dasar kadar kelahiran berikutan penurunan populasi negara tersebut yang membimbangkan.

Lapor berita antarabangsa, dasar tersebut akan digubal bagi meningkatkan kadar kelahiran China yang semakin menurun dan boleh menjejaskan ekonomi negara itu.

Presiden Xi Jinping berkata, “Kami akan mewujudkan sistem dasar untuk meningkatkan kadar kelahiran dan meneruskan strategi nasional yang proaktif sebagai tindak balas kepada penuaan penduduk.”

Meskipun China mempunyai bilangan penduduk paling ramai di dunia iaitu 1.4 bilion penduduk, kelahirannya dijangka jatuh ke paras terendah pada tahun ini. Ahli demografi memaklumkan bahawa ia menurun di bawah 10 juta daripada 10.6 juta bayi pada tahun lepas.

Dalam pada itu, pihak berkuasa negara tersebut mengakui berada di ambang kemerosotan demografi kerana mengenakan dasar satu anak dari 1980 hingga 2015, kemudian bertukar kepada dasar tiga anak.

Negara itu mencatatkan kadar kesuburan sebanyak 1.16 pada 2021, iaitu antara yang terendah di dunia dan berada di bawah standard Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) untuk populasi yang stabil.

Turut dilaporkan, sepanjang tahun lalu, pihak berkuasa telah memperkenalkan beberapa langkah seperti potongan cukai, tempoh cuti bersalin yang lebih lama, kenaikan insurans perubatan, subsidi perumahan dan wang tambahan untuk anak ketiga.

Bagaimanapun, sebuah kajian mendapati wanita China mempunyai keinginan mempunyai anak paling rendah di dunia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: