Tempatan

Bahasa Melayu Boleh Jadi Bahasa Rasmi ASEAN – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2022 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa beliau yakin bahasa Melayu boleh dijadikan sebagai bahasa rasmi Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

“Saya berkeyakinan bahawa suatu hari nanti, bahasa Melayu boleh dijadikan sebagai salah satu bahasa rasmi ASEAN,” ujarnya melalui sebuah ciapan di laman Twitter.

BACA: ‘Rebus Umat Islam Macam Rebus Katak’, Archbishop Julian Leow Perlu Tampil Beri Penjelasan – Pengerusi PEMBELA

BACA: Memalukan, 64 Tahun Merdeka, Teks Sahih Perlembagaan Masih Dalam Bahasa Inggeris – Datuk Zainul Rijal

BACA: Teks Sahih Perlembagaan Bahasa Melayu: Sekarang Bukan Isu Terjemah, Tetapi Pelaksanaan – Dato’ Julita Ilhani

Beliau juga menambah bahawa hal tersebut boleh dibincangkan dengan pemimpin ASEAN pada masa hadapan.

“Perkara ini mungkin boleh dibincangkan dengan pemimpin ASEAN pada masa hadapan,” tegasnya.

Dalam menjawab soalan yang dikemukakan kepada beliau di Parlimen baru-baru ini, beliau menjelaskan bahawa kebanyakan negara dalam pakatan ASEAN menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

“Beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei Darussalam, Selatan Thailand, Selatan Filipina serta di sebahagian Kemboja turut menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,” jelasnya.

“Pada masa ini, hanya 4 daripada 10 negara ASEAN yang menggunakan bahasa Inggeris dalam acara rasmi di peringkat antarabangsa.”

6 buah negara lagi menggunakan bahasa ibunda sendiri dalam urusan rasmi masing-masing dan perlu diterjemahkan,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: