Tempatan

50 Ribu Pelajar SPM Gagal Bahasa Melayu & Sejarah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Februari 2023 – “Saya tertarik dengan pernyataan Ahli Parlimen Betong yang membangkitkan setiap tahun puluhan ribu pelajar kita tidak layak dapat SPM kerana gagal dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu.”

“Saya dimaklumkan lebih 50,000 hingga 55,000 orang pelajar setiap tahun selepas 11 tahun belajar akhirnya tidak dapat sijil SPM kerana gagal dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu,” dedah Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Muslimin bin Yahaya dalam Sidang Parlimen pada Isnin lalu.

BACA JUGA: SOSMA Kekal – Menteri KDN

Memetik kenyataan dari Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu @ Aman anak Begri dalam sidang Parlimen pada 16 Februari 2023, satu lagi isu pendidikan ialah jumlah pelajar yang begitu ramai tiada slip SPM kerana gagal Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Ia satu statistik yang membimbangkan apabila berpuluh ribu orang pelajar telah berhenti sekolah dan tidak mempunyai sijil SPM.”

BACA JUGA: Golongan Kayangan Tidak Wajar Dapat Bantuan Awal Persekolahan

Demi masa depan kelompok ini, Dr Richard Rapu memohon agar Kerajaan mencari kaedah penyelesaian yang proaktif. Selain itu, beliau juga memohon TVET untuk menawarkan kursus keusahawanan kepada golongan ini agar mampu membuka peluang pekerjaan nanti.

BACA JUGA: Konsep Bahasa Ibunda Di Kalangan Rakyat Malaysia Masih Rencam 

“Perkara ketiga, adalah bagi mata pelajaran Sejarah. Betong cadangkan agar kementerian melihat semula cara penilaian supaya lebih mesra pelajar. Maksud saya penilaian peperiksaan 40 markah dan penilaian kerja kursus 60 markah. Ia bertujuan supaya dapat membantu pelajar untuk dapat lulus dan layak sijil.”

Kata Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri lagi, rasional cadangan ini supaya penilaian lebih adil dan menyeluruh dan pelajar tidak hanya dinilai dalam peperiksaan tetapi juga melalui kerja kursus. Lebih penting penerapan semangat cintakan negara bukan hanya digambarkan berdasarkan peperiksaan tetapi juga melalui tingkah laku dan pengamalan yang guru boleh lihat dan nilai dalam kerja kursus mereka.

“SPM ini umpama surat beranak, hendak belajar tidak boleh sebab tiada sijil SPM. Sekali pun hendak memohon di institut kemahiran kerana sijil itu penting walaupun keputusan mereka rendah. Hendak buat kerja tiada kemahiran kerana berusia 17 tahun dan 18 tahun. Akhirnya akan menjadi kelompok tercicir dan terdedah dengan isu moral dan sosial,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: