Tempatan

Gagal Bahasa Melayu Atau Sejarah, Lebih 33,000 Lepasan SPM Gagal Dapat Sijil

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2023 – Seramai 33,906 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 tidak layak mendapatkan sijil kerana gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Sejarah.

Hasil analisis data NGO Untuk Malaysia melaporkan, 140,474 calon tidak memperoleh sijil SPM selepas gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Sejarah dari 2019 hingga 2021.

Data tiga tahun itu diambil daripada analisis keputusan SPM yang disediakan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), sebuah badan penyelia utama peperiksaan kebangsaan.

BACA JUGA: STR 3 Disalurkan 26 Jun, Rayuan Dibuka Pada Julai

BACA JUGA: Tiada Satu Pun Negara Islam Ditakrif Maju, Ada Sesuatu Yang Tak Kena Dengan Kita – Tun M

BACA JUGA: Demam, Selesema Tular Mungkin Kerana Gelombang Haba, COVID-19

Sementara itu, hampir 90,000 calon gagal dalam subjek Matematik manakala lebih 52,000 tidak lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Memetik laporan, “Daripada 373,974 calon yang menduduki SPM tahun lepas, seramai 89,752 calon (24.3%) gagal Matematik dan 52,674 calon (14.3%) tidak lulus Bahasa Inggeris.”

Tambah pertubuhan itu, bagi subjek teras lain, seramai 27,621 calon gagal dalam mata pelajaran Sains manakala 24,304 calon gagal Pendidikan Islam.

Secara keseluruhannya, Untuk Malaysia melaporkan, 160,435 calon iaitu 42.9% daripada calon gagal sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: