Tempatan

Jangan Takutkan Rakyat Negara Akan Ranap Kerana Martabatkan Bahasa Melayu – Rais Yatim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 30 Mei 2022 – “Jangan menakut-nakutkan rakyat bahawa negara ini akan jatuh ranap di mata dunia semata-mata kerana memartabatkan Bahasa Melayu,” ujar Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dalam kenyataan Facebooknya baru-baru ini.

“Tak ada negara yang jatuh lantaran menegakkan bahasa kebangsaannya, tapi memang boleh jatuh kalau golongan kleptokrat terus berkuasa,” ujar beliau.

Menerusi kenyataan tersebut, beliau menyeru kepada semua pemimpin negara agar tidak mengeji perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa diplomatik, bahasa ilmu atau bahasa komersil.

Selain itu, beliau berpendapat bahawa Bahasa Melayu harus mempunyai nilai utiliti sepertimana Bahasa Inggeris yang digunakan sebagai bahasa komersil, undang-undang, diplomatik, dan juga sains dan teknologi.

“Ini Malaysia, bukan Great Britain,” kata Rais Yatim.

Tambah beliau, “Buat guru-guru Bahasa Melayu dan pendidik, buktikan Bahasa Melayu mampu maju. Menteri Pendidikan, didik betul-betul Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, semua boleh diajar dan dipelajari.”

“Tapi Bahasa Melayu wajib di bahasa ilmukan. Jika tidak ia akan hilang nilai ekonominya dari segi kepenggunaan,” tegas Rais Yatim.

Mengulas lanjut, beliau juga berharap agar pimpinan kini tidak terikut dengan pimpinan lama yang sudah hilang punca akan pusaka bangsa Melayu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: