Tempatan

8.6 Juta Rakyat Bakal Terima BKM Mulai 28 Mac Ini

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2022 – 8.6 juta rakyat Malaysia bakal menerima bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) mulai 28 Mac dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion, kata Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

“BKM merupakan inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memberi manfaat kepada golongan B40.”

BACA: Murtad Anak Mualaf: Mana Ramasamy Ketika Anak-Anak Ini Perlukan Bantuan Sejak Bertahun Dulu? – Zamri Vinoth

BACA: Terkilan Kementerian Kewangan Tak Luluskan Bantuan Kecemasan Tahfiz – PU Hafiz

BACA: 60 Maahad Tahfiz Di Seluruh Negara Telah Ditutup Terus – PU Hafiz

Katanya, 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan masing-masing.

Pembayaran berkenaan merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas yang tiada pasangan dan juga 3.4 juta individu bujang.

Tambah beliau, penerima yang layak akan menerima bantuan tersebut secara berperingkat mulai 28 Mac. Bantuan ini turut diberikan bagi meringankan beban kewangan rakyat khususnya dalam menyambut bulan Ramadan 1443H.

Bantuan akan disalurkan seperti berikut:

WhatsApp-Image-2022-03-23-at-12.50.48.jpeg?resize=708%2C263&is-pending-load=1#038;ssl=1

Semakan status BKM boleh dibuat mulai 28 Mac ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my/

Selain itu, permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan bagi memastikan program BKM disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak. Proses ini diwujudkan supaya permohonan yang tidak diluluskan boleh dipertimbang semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) beserta dokumen-dokumen yang berkaitan.

“Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: