Tempatan

Teks Undang-Undang Yang Sahih Ialah Bahasa Melayu – YDP Dewan Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2023 – “Yang Berhormat bahawa undang-undang yang diluluskan selepas 1970 teks akhir iaitu Bahasa Melayu. Dengan sendirinya maka, kalau ada kesilapan sedikit dalam Bahasa Inggeris, dia boleh diketepikan sekarang. Akan tetapi teks Bahasa Melayu itu mesti dianggap tepat dan kalau perlu Menteri perlu mengambil tindakan untuk memindanya. Yang kena sahih Bahasa Melayu. Terima kasih.”

Demikian ketetapan yang diberikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika mempengerusikan jawatankuasa Rang Undang-Undang Percetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2023 di Dewan Negara.

Respons beliau itu adalah bagi menjawab cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli yang menjelaskan terdapat perkataan yang tidak tepat digunakan di dalam versi Bahasa Inggeris Rang Undang-Undang yang dicadangkan.

Pernyataan YDP Dewan Negara tersebut, diambilmaklum untuk tindakan selanjutnya dari Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar bin Nasarah.

Terdahulu, Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar dipilih dan mengangkat sumpah sebagai Tuan Yang Dipertua Dewan Negara. Perlantikan beliau dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengikut Peraturan Mesyuarat 2(1), disokong oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: