Antarabangsa

Gempa Bumi Dahsyat Gegarkan Taiwan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TAIWAN, 23 Mac 2022 – Persisiran Taiwan telah dilanda gempa bumi dengan magnitud 6.7 skala richter pada awal awal pagi ini, mengakibatkan kerosakan terhadap beberapa infrastruktur di bandar terbabit.

Gempa tersebut berlaku di bahagian timur persisiran pantai Taiwan, iaitu di bandar Hualien, sebuah kawasan perlancongan terkenal di Taiwan. Namun, kesan gempa tersebut dapat dirasai oleh kebanyakan kawasan di negara tersebut.

BACA: Gempa di Semenanjung, Salji di Sabah

BACA: Shah Alam, Klang, Parit Buntar Tenggelam 2030?

BACA: Amaran Ribut Matahari Dahsyat Langgar Bumi Hari Ini

Ketakutan warga Taiwan dapat dilihat melalui hantaran-hantaran di media sosial, di mana New Straits Times melaporkan salah seorang mangsa menyifatkannya sebagai sebuah gegaran yang sangat menakutkan.

“Gegaran begitu kuat, ia menakutkan kami separuh mati,” ujar Chao Li, seorang wartawan di Taipei.

Gegaran ini berpunca daripada kedudukan Taiwan yang berhampiran dengan pertembungan dua plat tektonik, menyebabkan negara tersebut berpotensi tinggi untuk mengalami gempa.

Terdahulu, gempa bumi berskala 6.4 richter di Taiwan telah meragut lebih kurang 100 nyawa dan mengakibatkan kerosakan infrastruktur.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: