Tempatan

AMARAN Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Seluruh Terengganu Hingga Isnin Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 28 Januari 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di seluruh negeri Terengganu dan sekitar Kelantan sehingga 30 Januari ini.

Menerusi kenyataannya pagi semalam, METMalaysia memaklumkan, hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) dan seluruh Terengganu.

BACA JUGA: “LRT Zombie” Laluan Ampang Alami Kelewatan, RapidKL Mohon Maaf

BACA JUGA: Siti Bainun Diarah Bela Diri, Walaupun Tiada Peguam

BACA JUGA: Kemasukan HDB: Ancaman Yang Boleh Menggugat Kedudukan Umat Islam – Penyelidik IRIS

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada juga dikeluarkan dan turut diramalkan berlaku sehingga Isnin ini.

Antara kawasan yang terlibat adalah Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Jelasnya, amaran hujan berterusan tahap buruk itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam.

Manakala amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: