Tempatan

Kemasukan HDB: Ancaman Yang Boleh Menggugat Kedudukan Umat Islam – Penyelidik IRIS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Januari 2023 – Penyelidik IRIS Institute, Fahmi Bahrudin menegaskan bahawa dengan campur tangan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dari Singapura akan memberi ancaman yang boleh menggugat kedudukan umat Islam di Malaysia.

Menjelaskan lebih terperinci dalam forum ‘MUSLIHAT DAP KUASAI PBT’, beliau berkata selain itu, HDB juga boleh mengancam kedudukan negara dari sudut keharmonian kaum.

BACA JUGA: Acuan HDB, ‘Pecah-Perintah’ Demografi Berkiblatkan Singapura?

BACA JUGA: Bawa Masuk HDB Singapura, Wira PERKASA Bimbang Agenda Pecah Perintah

Baca juga : Harga Barang Mentah Tidak Turun, Tauke Mydin Sanggah Kenyataan Menteri

Walaupun pada zahirnya HDB ini mempersembahkan kemajuan Pulau Pinang yang ada pada hari ini dengan industri yang lancar, sistem perumahannya yang bagus dan sistem infra yang terbaik, namun pada hakikatnya penduduk tempatan telah dihapuskan secara perlahan-lahan daripada tanah mereka sendiri, ujar beliau.

Ini boleh dilihat dari peratusan pegangan tanah di George town, di mana orang Melayu hanya memiliki satu peratus sahaja pegangan tanah di pusat bandar itu dan secara total bumiputera di Pulau Pinang hanya tinggal 25 peratus sahaja pegangan tanah berbanding kaum-kaum lain.

Tidak hairanlah rata-rata masyarakat Melayu sangat marah dengan kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming itu, kerana juga menyedari nasib bangsa Melayu di Singapura, ujar beliau.

Fahmi Bahrudin turut menambah, secara umum, Democratic Action Party (DAP) dan The People’s Action Party (PAP), parti di Singapura adalah dua parti yang membawa visi dan hasrat yang sama iaitu menjadikan Malaysia Atau Singapura satu tempat yang mengikut kehendak dan agenda mereka.

Justeru, pada satu sudut, sebenarnya kenyataan Nga Kor Ming tersebut adalah untuk menguji tahap respon orang Melayu kepada konsep HDB yang bakal diperkenalkan di Malaysia, kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker