Tempatan

“LRT Zombie” Laluan Ampang Alami Kelewatan, RapidKL Mohon Maaf

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Januari 2023 – Pihak Rapid Rail memohon maaf kepada para penumpang perkhidmatan LRT Laluan Ampang selepas tren itu mengalami kelewatan pagi ini akibat faktor keselamatan.

Menurut RapidKL dalam satu kenyataan di Facebook, kelewatan itu disebabkan kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan, dipercayai akibat daripada kerja-kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan berkenaan.

BACA JUGA: 10 Ditembak Mati Di California Sempena Tahun Baru Cina

BACA JUGA: Siti Bainun Diarah Bela Diri, Walaupun Tiada Peguam

BACA JUGA: Kemasukan HDB: Ancaman Yang Boleh Menggugat Kedudukan Umat Islam – Penyelidik IRIS

“Perkhidmatan kini sedang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok (“kinked”) berhampiran stesen LRT Bandaraya.”

Atas faktor keselamatan, pihak Rapid Rail membuat keputusan untuk menutup laluan di antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya sehingga kekukuhan dan keselamatan dapat dipastikan.

“Perkhidmatan LRT Ampang akan dijalankan dengan kelajuan yang berkurangan dan ini akan menyebabkan kelewatan perkhidmatan – 9 minit di dalam Daerah Pusat Perniagaan dan 18 minit di luar Daerah Pusat Perniagaan,” kata RapidKL.

Disebabkan itu juga, tren-tren dari Putra Heights akan berpatah balik di Plaza Rakyat, tren-tren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Bandaraya, manakala perkhidmatan ‘shuttle’ atau ulang-alik di antara stesen Plaza Rakyat dan Masjid Jamek.

Tambah RapidKL, perkhidmatan bas alternatif juga telah diaktifkan bagi menampung penumpang-penumpang. Berikut merupakan senarai maklumat lanjut bas alternatif yang disediakan:

• Stesen Bandaraya ke Plaza Rakyat
No Bas : WVH9594
No Bas : W7486Q
• Stesen Plaza Rakyat ke Stesen Bandaraya
No Bas : WUX5708
No Bas : WVC3984
• Stesen Sentul Timur ke Stesen Bandaraya
No Bas : PJJ7149
No Bas : WUW1702
• Stesen Bandaraya ke Sentul Timur
No Bas : W3607T

Pagi tadi, seorang pengguna berkongsikan situasi di LRT yang disifatkannya sebagai “LRT zombie”.

Lrt zombie in Friday morning. Lrt situation on 2023 Passenger are told to boarded another platform at hang tuah took another shuttle train,” kata seorang pengguna Twitter.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: