Tempatan

AMARAN Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Johor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 25 Januari 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di negeri Johor dan Sabah.

Menurut METMalaysia, amaran hujan berterusan tahap bahaya berkuat kuasa sehingga 25 Januari 2023 di kedua-dua negeri melibatkan kawasan-kawasan berikut: Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru); dan Sabah: Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran & Sandakan) dan Kudat.

BACA JUGA: CPTPP Ancam 1.15 Juta SME Negara Ini – UMMAH

BACA JUGA: CAP Sokong Hapus Kompaun Kesalahan Lalu Lintas Sepanjang Tahun

BACA JUGA: Program PrEP, Pihak Berkuasa Agama Tiada Hak Tegur – Boo Su-Lyn

Manakala negeri Pahang Pahang (Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan, Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian), Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei & Meradong), Mukah & Bintulu (Bintulu) dan Sabah: Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat dan Tawau (Lahad Datu) pula akan dibadai hujan berterusan tahap buruk berkuat kuasa sehingga hari ini.

Kata jabatan itu lagi, “Angin kencang 50 – 60 km/jam dengan ombak mencapai 4.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan dalam tempoh tersebut.”

Dalam laporan berlainan, setakat pukul 8 pagi tadi, keadaan banjir di Johor kian buruk dengan mangsa banjir terus melonjak kepada 3,612 daripada 1,014 keluarga yang ditempatkan di 35 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.

Selain itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Mersing menutup Jalan Jemaluang-Batu Pahat bagi semua jenis kenderaan selepas laluan berkenaan ditenggelami banjir setinggi 0.75 meter.

Malah, laluan di Kilometer 150 hingga 150.30 Jalan Senai-Seremban turut ditutup selepas air banjir naik secara mendadak di jalan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: