Tempatan

Anggota PDRM Parah Dirempuh Penagih

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 08 Februari 2022 – Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) parah apabila dirempuh sebuah kereta yang dinaiki tiga orang suspek, di mana ujian air kencing mendapati suspek-suspek terbabit positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan ketamin.

“Hasil keputusan ujian saringan awal air kencing ketiga-tiga suspek didapati positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan ketamin,” ujar Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalangan seperti yang dilaporkan portal Sinar Harian.

BACA: Kita ada 3 juta penagih dadah?

BACA: Bekalan Dadah Bernilai RM27.4 Juta Dirampas Di Serambi Mekah

BACA: Bekalan Dadah Untuk 6.7 Juta Penagih Dirampas – Dato’ Ayob Khan

Dalam kejadian pada awal pagi Sabtu lalu, Lans Koperal Meor Mohd Asri dirempuh oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios dalam sebuah sekatan jalan raya, mengakibatkan cedera di kedua-dua belah tangan, patah kaki kanan dan beliau juga mendapat enam jahitan di kepala.

Hasil siasatan mendapati pemandu kenderaan terbabit yang berumur 29 tahun telah mempunyai 16 kesalahan trafik lampau serta 14 rekod kesalahan jenayah dan dadah.

Dua lagi suspek, masing-masing mempunyai 3 rekod kes dadah dan 4 rekod kes jenayah, turut ditahan.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, di mana sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Kes tersebut juga disiasat di bawah dua peruntukan lain, iaitu Seksyen 26 Akta Polis yang memperuntukkan bahawa kegagalan mematuhi arahan penguatkuasa sekatan jalan raya boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 12 bulan atau denda maksimum RM 1000.

Peruntukan kedua adalah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan Raya yang memperuntukkan pemanduan bawah pengaruh dadah yang menyebabkan kecederaan, sekiranya disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 3 tahun dan tidak melebihi 10 tahun, berserta denda dari RM 8,000 hingga RM 20,000.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: