Tempatan

PERHATIAN Amaran Ribut Petir Di Seluruh Malaysia Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Februari 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan sepuluh negeri dan tiga Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 3.20 petang ini, amaran cuaca buruk itu melibatkan negeri Perak meliputi kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

BACA JUGA: Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Rujukan Kepada Perjanjian 1957 – Prof Shamrahayu

BACA JUGA: PERHILITAN Tingkatkan Penalti Kesalahan Sehingga RM1 Juta

BACA JUGA: Dana RM4 Bilion: Bersatu Dedah Penyata Akaun, Cabar PKR & DAP Buat Serupa

Selain itu, METMalaysia menjangkakan ribut petir berlaku di Kedah (Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan), Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun), Pahang (Jerantut, Maran dan Rompin).

Amaran turut dikeluarkan bagi Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau), Melaka dan Johor (Segamat, Kluang dan Mersing).

Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu).

Jelasnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: