Tempatan

‘Kartel Umrah’ Penyebab Kos Umrah Naik?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 28 Januari 2023 – Pemain industri mendakwa pihak yang terlibat dalam penjualan semula tiket penerbangan ke Mekah dan Madinah sebagai punca peningkatan kos menunaikan umrah.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (PAPUH), Razali Mohd Sham mendedahkan, ejen akan membeli tiket penerbangan ke Mekah pada harga borong, kemudiannya disimpan dan akan dijual semula pada harga hampir dua kali ganda di saat-saat akhir.

Tindakan tersebut menyebabkan agensi pelancongan tidak dapat membeli tiket melalui sistem penerbangan kerana terdapat pihak yang membelinya lebih awal.

Walau bagaimanapun, apabila semakan dijalankan, beberapa penerbangan ke Tanah Suci didapati hampir kosong meskipun sistem menunjukkan tempat duduknya sudah dibeli.

BACA JUGA: Kesatuan Eropah Bakal Kerah Servis Ketenteraan Kepada Wanita

BACA JUGA: PM Digesa ‘Bebaskan’ Tanggungjawab TPM, Sehingga Kes Rasuah Selesai

BACA JUGA: Solidariti Bantahan Hina Islam Di Hadapan Kedutaan Sweden Dibanjiri NGO & Umat Islam

Jelas beliau, “Katakan terdapat 70,000 tempat duduk tersedia untuk dijual. Mereka membeli kira-kira 50,000, jadi hanya tinggal 20,000 tempat sahaja.”

Justeru itu, Razali mencadangkan agar sistem pembelian tiket umrah dinaik taraf kerana aktiviti ini sudah dikesan sejak lima tahun lalu dan harga pakej umrah dijangka mencecah RM10,000 seorang dalam masa terdekat.

“Mereka harus membuat syarat bahawa nama penumpang diperlukan untuk pembelian tiket. Jika tiada nama, tiket tidak boleh dijual,” tegasnya.

Pihak PAPUH juga telah bertemu dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi membincangkan isu ini. Mereka juga bermesyuarat bersama syarikat penerbangan, namun tiada tindakan lanjutan diambil.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: