Tempatan

AMARAN: Hujan Berterusan Tahap ‘Buruk’ & Ribut Petir Di Beberapa Negeri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 11 November 2022 – Amaran hujan berterusan tahap ‘buruk’ telah dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), yang diramalkan berlaku hari ini, 11 November 2022.

Kawasan yang dijangka berlaku cuaca ‘buruk’ tersebut adalah melibatkan dua negeri iaitu di Rompin, Pahang dan Mersing, Johor.

Dalam pada itu, amaran kedua yang juga dijangkakan berlaku hari ini, dikeluarkan oleh METMalaysia adalah ‘Amaran Hujan Berterusan (WASPADA)’ yang membabitkan beberapa negeri.

Negeri-negeri yang termasuk dalam senarai ramalan tersebut adalah negeri Kelantan, Terengganu, Pahang di Kuantan dan Pekan, dan Johor, iaitu di Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bharu.

Selain itu, METMalaysia juga mengeluarkan ramalan cuaca bagi seluruh negara pada 11 November 2022 sehingga 13 November 2022 yang meramalkan berlakunya ribut petir di beberapa negeri.

Antara negeri-negeri yang terlibat adalah Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Semalam, beberapa kawasan di Selangor iaitu di Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat serta parit yang tersumbat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: