Tempatan

Peralihan Monsun Bermula Khamis Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac ini dan berterusan sehingga pertengahan Mei.

Menerusi kenyataannya, rantau negara diramalkan akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat sepanjang fasa peralihan monsun.

BACA JUGA: Saksi Dakwa ‘Pelawak’ Crackhouse Club Langgar ‘3R’

BACA JUGA: Jemaah Haji B40 Terima Bantuan 61%, T20 Perlu Bayar Penuh

BACA JUGA: Mahkamah Tetapkan 30 Oktober Rayuan Status Jenazah Bekas Guru

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.”

“Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.”

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh jabatan itu.

Dengan bermulanya fasa peralihan monsun menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2022/23 yang telah bermula sejak 7 November 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: