Ramalan Cuaca Sempena Tahun Baharu Cina
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 21 Januari 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan ramalan laporan cuaca di seluruh negara sempena sambutan Tahun Baharu Cina, pada Ahad dan Isnin ini.
Pada Ahad pagi, METMalaysia dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, hujan akan turun di beberapa tempat iaitu di Pantai Timur, Johor dan Sabah (Kudat, Sandakan dan Tawau).
BACA JUGA: Semakan Undang-Undang Pelawak Crackhouse Comedy Ditolak
BACA JUGA: Perjanjian Malaysia 1963 Wajib Dihormati, Dipenuhi – PM
BACA JUGA: Eksport Minyak Sawit: Malaysia Perlu Tangani Sekatan & Kempen Negatif Eropah
Manakala hujan atau ribut petir dijangka berlaku di seluruh Malaysia pada waktu petang.
Pada sebelah malam pula, keadaan mereda dengan hujan turun di beberapa tempat iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Bintulu, Miri dan Limbang) dan Sabah (Pantai Barat, Pedalaman dan Sandakan).
Sementara pada hari Isnin, cuaca diramalkan hujan di beberapa tempat di sebelah pagi iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak (Kuching, Samarahan, Sarikei dan Mukah) dan Sabah (Kudat, Sandakan dan Tawau).
Pada sebelah petang pula, hujan dan ribut petir dijangka melanda di semua negeri.
Seterusnya, hujan kemungkinan turun di seluruh negara kecuali Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
“Selamat bercuti bersama keluarga tersayang dan berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung. Rancang perjalanan anda dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.”