Barat Nafi Sedang Berperang Dengan Rusia
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SABTU, 27 Januari 2023 – Kementerian Luar Perancis telah mengeluarkan sebuah kenyataan pada Rabu lalu bahawa walaupun Amerika Syarikat (AS), Jerman serta beberapa negara lain telah mengumumkan bahawa mereka akan membekalkan Ukraine dengan kereta-kereta kebal yang utama, namun ianya tidaklah bermakna bahawa NATO kini sebenarnya sedang berperang dengan Rusia.
Jurucakap bagi kementerian tersebut, Anne-Claire Legendre telah berkata pada Khamis lalu bahawa penghantaran peralatan ketenteraan tersebut tidaklah membawa maksud mereka sedang bertempur bersama-sama (Ukraine).
BACA JUGA: Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam Hari Ini
BACA JUGA: Hina Monarki, Lelaki Dipenjarakan 28 Tahun Di Thailand
BACA JUGA: Zaman Pendakwah ‘Pembangkang Kerajaan’ Sudah Tamat – Menteri Agama Saudi
Pada hari sebelumnya, AS telah membuat kenyataan bahawa negara tersebut akan menghantar lebih dari 30 unit kereta kebal M1 Abrams ke Kiev. Manakala Jerman pula mengatakan bahawa ianya akan menyumbang lebih daripada 12 unit kereta kebal Leopard 2.
Jerman turut menyatakan bahawa mereka tidak akan menghalang Poland dan negara-negara Kesatuan Eropah (EU) serta ahli NATO yang ingin turut bersama menghantar peralatan mereka ke Ukraine.
Pada Selasa lalu, Annalena Baerbock yang merupakan Menteri Luar Jerman telah menyatakan kepada Parliamentary Assembly of the Council of Europe (PACE) bahawa EU haruslah bergerak bersama kerana “kita kini bertempur dalam perang melawan Rusia dan bukan melawan sesama sendiri”.
Pada Rabu lalu, Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne telah menyatakan kepada parlimen bahawa kerajaannya bercadang untuk menghantar kereta kebal Leclerc ke Ukraine.
Sebelum ini juga Perancis telah menjanjikan bahawa mereka akan menghantar sejumlah kereta kebal model AMX-10 kepada Kiev.