Tempatan

Tiada Apa Di Dunia Ini Yang Tiada Ancaman – Hj Aminuddin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Februari 2023 – Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air, Hj Aminuddin Yahaya menegaskan bahawa tiada apa di dunia ini yang tiada ancaman dan bodohlah sekiranya menafikannya dengan menutup mata dan berpura-pura bahawa semuanya tiada apa-apa.

“Kalau orang biasa saya tak hairan tetapi ini orang yang berjawatan dan berkelulusan PhD. Entah apalah yang menghinggap di kepala dan mata mereka sehingga begitu buta dalam menilai keadaan orang Melayu.”, tempelak beliau yang mengulas isu berkenaan penafian bahawa wujudnya ancaman terhadap orang Melayu.

BACA JUGA: Usul Tiada Pertandingan: ROS Bagi UMNO 60 Hari Perjelaskan

BACA JUGA: Rejim Zionis Mahu Jadikan Ronaldo Ikon Normalisasi Dengan Saudi

BACA JUGA: Gempa Turkiye-Syria: JAKIM, JAWI Laksana Kutipan Derma Setiap Jumaat

Tambah beliau, ancaman-ancaman itu sendiri datang dalam pelbagai bentuk, dalang dan bidak caturnya, termasuk ahli politik, NGO, perundangan, tekanan antarabangsa dan sebagainya.

Namun, kini sesetengah individu begitu mudah dimomokkan dan ‘dilencongkan’ ke arah naratif yang palsu mengenai hakikat terancamnya keadaan orang Melayu dan Islam, iaitu ke arah negatif sahaja.

“Seolah-olah ancaman terhadap orang Melayu adalah angkara marhaen berbangsa lain semata.”

Hj Aminuddin juga berpendapat bahawa tindakan golongan yang menafikan ancaman terhadap orang Melayu, adalah umpama masih berada di alam mimpi atau sudah terpedaya dengan kedudukan yang diperolehi atau memang terlalu bengap kerana mudah terpengaruh dengan propaganda pihak tertentu.

Hakikatnya, sudah beribu kali dijelaskan namun masih ada yang tak nampak betapa keadaan orang Melayu dan umat Islam sedang dan semakin terancam.

Lebih malang lagi, kebenarannya adalah walaupun orang Melayu mempunyai perlembagaan yang memelihara hak-hak orang Melayu-Islam, tetapi semua itu hanya helaian kertas yang sering kali dilanggari tanpa rasa bersalah pun, kata Hj Aminuddin.

Selain itu, “Betul, kita ada pemimpin Melayu tapi apa maknanya jika mereka sendiri tidak berani mengubah dan menggunakan kuasanya?”

Hj Aminuddin dalam satu hantaran Facebook berkongsi beberapa rentetan peristiwa yang berlaku, sekali gus membuktikan bahawa ancaman kepada orang Melayu adalah benar-benar wujud.

Antaranya adalah pemilikan hartanah yang 90 peratus dimiliki bangsa lain, kemiskinan tegar yang dialami oleh 60 peratus orang Melayu dan masalah sosial yang majoritinya adalah melibatkan orang Melayu.

Selain itu, “Sering keputusan mahkamah Syariah dipertikai ke peringkat sivil. Nak pinda akta 355 sahaja pun dah mendapat tentangan luar biasa, jangankan nak laksana hukum Islam sepenuhnya. Apakah ini bukan satu bentuk ancaman?”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: