Tempatan

Usul Tiada Pertandingan: ROS Bagi UMNO 60 Hari Perjelaskan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 10 Februari 2023 – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) memberi masa 60 hari kepada parti UMNO untuk menjelaskan secara terperinci mengenai usul yang tidak dipertandingkan bagi dua jawatan tertinggi parti itu.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa partinya telah bertemu ROS sebanyak dua kali berhubung perkara tersebut. Pertemuan mereka diwakili Setiausaha UMNO, Ahmad Maslan bersama-sama penasihat perundangannya.

“Saya yakin setiausaha agung boleh memenuhi permintaan ROS,” ujar Zahid.

Sementara itu, Ahmad Maslan mengesahkan bahawa usul tidak bertanding itu tidak melanggar mana-mana peraturan parti, bahkan Zahid juga menekankan bahawa ia mengikut perlembagaan UMNO dan prosedur yang ditetapkan.

BACA JUGA: Bajet 2023: Sektor Pertanian Akan Diberi Peruntukan Lebih Tinggi – Menteri

BACA JUGA: Pengaruh AS Di ASEAN Bertambah, China Berkurangan – Institut Yusof Ishak-ISEAS

BACA JUGA: Kedatangan Orang Lembah Indus Ke Alam Melayu Kerana Mencari Emas

Tegasnya, “Saya yakin perhimpunan agung UMNO mematuhi peraturan yang telah ditetapkan serta apa yang termaktub dalam perlembagaan parti.”

Terdahulu, dua ahli UMNO membuat laporan kepada ROS untuk mendapatkan siasatan berhubung kemungkinan berlakunya pelanggaran perlembagaan parti.

Dakwa mereka, pembentangan usul telah melanggar Perkara 10 perlembagaan parti itu. Disebabkan hal tersebut, parti UMNO dikatakan berpecah namun Zahid dan timbalannya, Mohamad Hassan berpendapat bahawa ianya membuktikan mereka mendapat sokongan akar umbi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: