NGO

Kertas Kerja Cadangan Naik Taraf Mahkamah Syariah Telah Diserahkan – Presiden PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Mei 2022 – “Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan telah membentang dan menyerahkan kertas kerja cadangan penaiktarafan Mahkamah Syariah kepada JAKIM.”

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Hj Aminuddin Yahaya memaklumkan, penyerahan kertas kerja itu turut dihadiri sendiri oleh Ketua Pengarah JAKIM iaitu Datuk Hakimah.

Katanya, kertas kerja ini merupakan susulan daripada Konvensyen Perundangan yang PEMBELA anjurkan pada 30 Mac 2022 yang lalu di mana pemegang-pemegang taruh dari pelbagai institusi agama, peguam, akademik dan gerakan sivil terlibat secara strategik.

Beliau menjelaskan kertas kerja ini berbeza dengan pelan kerajaan yang sedia ada kerana ia mengambil kira pelbagai perspektif dan faktor yang mungkin kerajaan terlepas pandang yang akhirnya membataskan pelbagai perkara apatahlagi dengan situasi politik mutakhir ini.

Menurut beliau, PEMBELA yang merupakan gabungan NGO Islam yang punyai visi yang sama iaitu membela Islam, akan terus berusaha membantu JAKIM selaku badan pelaksana dan penyelaras di peringkat persekutuan khususnya berkenaan agenda Perundangan Syariah.

“InsyaAllah, banyak lagi kerja kita yang belum selesai demi mendaulat dan memperkukuhkan Islam di Malaysia ini dari pelbagai aspek, yang paling utamanya adalah Perundangan Syariah.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: