Tempatan

Agenda ‘Malaysian Malaysia’ DAP Tercapai, Isu Islam & Melayu Kini Taboo

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Mei 2023 – “Isu Melayu dan Islam tidak boleh lagi dibicarakan secara terbuka kerana dianggap sensitif walhal kaum lain boleh sahaja memperjuangkan bangsa mereka. Ini bermakna usaha istiqamah DAP mempromosikan konsep ‘Malaysian Malaysia’ versi mereka sudah tercapai,” kata Pengerusi Kepimpinan Zaaba (ZIL), Hj Aminuddin Yahaya dengan penuh kesal

Menerusi Facebooknya, aktivis ini turut menyenaraikan beberapa ‘kejayaan’ oleh Kerajaan sepanjang enam bulan PH-BN memerintah.

BACA JUGA: Selepas 56 Tahun, Bekas Tentera Zionis Pulang Kunci Pintu Masjidil Aqsa

BACA JUGA: Isu Tarik Balik Rayuan Kalimah Allah Dibentang Hari Ini

BACA JUGA: Jalan Sesak: Kuala Lumpur Rekod 6 Juta Kenderaan Setiap Hari

Kata Hj Aminuddin, beberapa kejayaan lain yang telah dicatatkan di bawah pentadbiran kerajaan campuran ini adalah, isu penarikan kes rayuan Kalimah Allah oleh kementerian secara senyap tanpa merujuk kepada pemegang taruh lain seperti Majlis-Majlis Agama Islam, pengamal undang-undang, NGO-NGO dan ulama; bantuan khas jutaan ringgit kepada sekolah Cina terutamanya sekolah-sekolah persendirian di bawah kelola Dong Zong yang salah dari segi Perlembagaan diteruskan malah ditambah dan menukar nama-nama jalan kepada nama pengasas dan tokoh DAP walaupun kita tahu perjuangan DAP bertentangan dengan semangat nasionalisme dan meskipun tidak punyai apa-apa sumbangan signifikan kepada negara.

Selain itu, ujarnya lagi, dapat dilihat golongan pro-LGBT semakin berani dengan berarak di jalanan dan kini artis-artis luar penyokong tegar LGBT dialu-alukan dengan begitu baik; tokoh-tokoh chauvinis dan kiasu berbondong-bondong memasuki dan diraikan di dalam Dewan Merdeka -akhirnya telah menjadikan UMNO yang satu ketika dahulu merupakan parti keramat tautan orang Melayu kini sebagai sekadar ‘Lame Duck’ dan bersungguh-sungguh membawa masuk konsultan kontroversi dari Singapura untuk menasihati Kementerian Perumahan walhal latar belakang kedua-dua negara ini amat berbeza dan menimbulkan seribu satu persoalan.

Bukan itu sahaja, kerajaan PH-BN ini turut meluluskan projek tambakan di Pulau Pinang yang mengakibatkan peminggiran nasib para nelayan.

Tambah beliau lagi, “Dalam masa terdekat juga difahamkan kemungkinan beberapa initiative sedang diusahakan antaranya:-

1. Pilihanraya PBT yang kita semua tahu didominasi oleh hanya satu kaum dan bakal diambil peluang untuk mencengkam penguasaan terhadap bandar-bandar utama negara.
2. Persempadanan semula Kawasan pilihanraya yang mengakibatkan kawasan majoriti bukan Melayu bertambah manakala jumlah kawasan majoriti Melayu akan mengecil.

Kerana itu menurut Hj Aminuddin, pendekatan dan segala faktor ke arah kehancuran sudah semakin jelas dan terbentang luas.

“Amat malang, sebagai rakyat biasa kita tidak boleh berbuat apa-apa melainkan hanya mampu berdoa agar Allah memelihara negara ini dari kemusnahan,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: