Tempatan

Nyanyi Anak Kecil Main Api Dan Harap Magik Berlaku? – Hj Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Januari 2022 – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Hj Aminuddin Yahaya menempelak tindakan pihak berwajib yang berterusan bersikap double-standard dalam menangani isu berkaitan pencerobohan tanah yang berlaku baru-baru ini.

Tambah beliau, jika berterusan begini orang Melayu akan menangis lagi dan sampai masanya jangan diharapkan magik berlaku untuk menyelamatkan orang Melayu.

“Nanti boleh la nyanyi lagu ‘Anak Kecil Main Api’ sambil menangis-nangis lagi. Dengan harapan magik berlaku.”

Hj Aminuddin menegaskan, ini berikutan kes pencerobohan berpuluh-puluh ribu hektar tanah hutan simpan di Pahang sudah berlaku sejak lebih 40 tahun dan disahkan oleh pihak mahkamah, namun masih tiada apa-apa hukuman dijatuhkan.

“Itu bukan ceroboh biasa-biasa, tapi kaut hasil berjuta-juta setiap tahun.”

Begitu juga dengan pencerobohan-pencerobohan hutan untuk curi emas dan balak. Tahun lepas sahaja sudah ada berapa banyak kes yang dilaporkan media tetapi seperti biasa sepi begitu sahajalah nampaknya, keluh Hj Aminuddin.

Selain itu, Tanah-Tanah Rizab Melayu yang hilang dek kerana dijadikan barang dagangan kepada para taikun masih belum diganti sedangkan undang-undang jelas menyatakan wajib menggantikan Tanah Rizab Melayu yang hilang, tegas beliau.

“Begitu juga dengan Tanah-Tanah Rizab Melayu. Sudah lebih 60 tahun menjadi barang dagangan kepada para taikun. Walaupun undang-undang menyatakan wajibnya menggantikan Tanah Rizab Melayu yang hilang, tetapi ianya tidak dilakukan langsung.”

Situasi ini sangat berbeza dengan kes pencerobohan Hutan Simpan Kekal Rimba Teloi, Sik yang berlaku pada bulan Ogos 2021 dan pada bulan Januari 2022 tertuduh sudah dijatuhi hukuman, kata Hj Aminuddin.

“Itu pun mereka hanya masuk tanpa permit sahaja, bukannya tanam durian atau gali emas pun.”

“Ramai pengguna Internat yang ‘forward‘ pautan berita ini dengan rintihan-rintihan kekecewaan mereka terhadap realiti yang berlaku. Memang sayu.”

Seorang guru madrasah dan pelajarnya telah didenda kerana menceroboh hutan simpan kekal dan boleh berdepan penjara enam bulan jika gagal membayarnya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam kerana dipercayai tidak mampu, akhirnya membayar denda tersebut walaupun bukan mudah bagi mereka mencari wang untuk membayar denda tersebut.

Kesimpulannya di sini, jelas berlaku double-standard dan itulah sentimen rakyat yang gagal difahami oleh para pemimpin, tegas Hj Aminuddin di laman Facebooknya.

Leave a Reply

Back to top button