Tempatan

Dikhuatiri Lemas Dalam Latihan, TLDM Bantu Dalam Operasi SAR

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 10 Februari 2023 – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota Tentera Darat yang dikhuatiri lemas ketika latihan menyelam Selasa lalu disambung hari ini yang juga hari keempat dengan bantuan pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Operasi SAR diteruskan pada hari ini iaitu hari keempat dengan penambahan bantuan daripada TLDM,” maklum Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit.

Jelasnya, setakat semalam pencarian meliputi kawasan seluas 1,040 kilometer persegi bagaimanapun gagal menemui sebarang petunjuk.

BACA JUGA: Jangan Nafikan Hak Sabah, Sarawak Yang Patut Mereka Terima – Peguam Senior, Haniff Khatri

BACA JUGA: Gempa Turkiye: Malaysia, India Hantar Kumpulan SAR Bantu

BACA JUGA: Projek Pelabuhan Laut Dalam Melaka, Bertindih Zon Warisan Sejarah

Dalam pada itu, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) juga telah memaklumkan kejadian ini kepada rakan sejawat di Indonesia untuk memberi perhatian di perairan mereka.

Selain itu, Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, Pusat Penyelarasan Carilamat Maritim (MRCC) Putrajaya turut memaklumkan kepada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Indonesia bagi membantu operasi tersebut.

“Terdapat kemungkinan mangsa telah dihanyutkan ke perairan negara jiran itu berdasarkan data dan maklumat Search and Rescue Optimal Planning System (SAROPS),” katanya lagi.

Terdahulu, Lans Koperal Edrin Daintin, 25, seorang anggota Tentera Darat yang bertugas di Unit Skuadron Bot Kombatan Rejimen 22 Komando Kem Iskandar Mersing, Johor dilaporkan lemas ketika latihan menyelam di perairan Pulau Undan dalam keadaan memakai pakaian kursus serta peralatan menyelam.

Sehingga semalam, sektor pencarian mangsa meliputi kawasan seluas 1,040 kilometer persegi dengan sebanyak 18 aset telah diatur gerak ke lokasi yang terdiri daripada 15 aset laut dan tiga aset udara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: