Tempatan

Dilihat Rapat Ke AS Punca Layanan Tidak Seberapa Pemerintah Saudi?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2023 – “Adakah kerana Malaysia dilihat agak rapat dengan USA menyebabkan kerajaan Arab Saudi mula menunjukkan sikap mereka?”

Ini persoalan yang dilontarkan Timbalan Pengerusi GTA, Hj Aminuddin Yahaya dalam isu lawatan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi.

BACA JUGA: PATI, Imigran, Pelajar Asing Lubuk Pegawai Korup – SPRM

BACA JUGA: Selepas Bandar Gah, Saudi Mula Operasi Penerbangan Khas NEOM Akhir 2024

BACA JUGA: Bukan Takat Kutip Duit, Along Mula Hina Islam! – PPIM

“Sehari dua ini media sibuk melaporkan tentang lawatan PMx ke Arab Saudi. Dikatakan lawatan kali ini hambar apabila kedatangan PMx tidak mendapat sambutan dari pemerintah sana.”

“Walaupun PMx berada selama 3 hari namun tidak ada berita yang mengatakan adanya pertemuan dengan Putera Mahkota Saudi atau Crown Prince, Mohamad Bin Salman. Ini bertentangan dengan laporan dari pejabat Kementerian Luar yang mengatakan akan ada pertemuan tersebut pada awalnya,” kata Hj Aminuddin dalam Facebooknya.

Tambahnya, tidak pasti apakah sebenarnya yang berlaku tetapi jika benar tidak ada pertemuan ini maka sudah tentu merupakan satu tamparan yang hebat kepada negara.

“Mana mungkin seorang Ketua Negara dilayan sebegini rupa. Hubungan Malaysia dan Arab Saudi bukan baru malah begitu rapat dan setiap kali lawatan PM ke sana akan mendapat sambutan yang hebat.”

Kata beliau lagi, adakah kerana Malaysia dilihat agak rapat dengan USA menyebabkan kerajaan Arab Saudi mula menunjukkan sikap mereka? Ini satu perkara yang perlu diteliti dan dikaji.

Dalam masa sama Hj Aminuddin turut menyatakan kebimbangannya dengan suasana geopolitik dunia hari ini yang sedang melakukan satu perubahan besar.

“Peperangan Rusia dan Ukraine telah menimbulkan satu Blok Baharu Dunia yang diketuai oleh China dan Rusia. Kedua-dua negara ini terkenal sebagai pesaing kepada Barat terutama Amerika Syarikat.”

Ujarnya, mungkin kerana sudah bosan dengan kawalan dari USA maka Raja Saudi merasakan sudah sampai masa untuk keluar dari belenggu Barat.

“Kalau diukur dari segi peluang perniagaan Blok Baharu ini menjanjikan jumlah pasaran yang begitu luas dengan kadar penduduk sekitar hampir 4 billion.”

“Mungkin PMX dan team perlu melihat perkara ini dan beranjak kepada Blok Baharu!” kata Hj Aminuddin lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: