Antarabangsa

Rejim Zionis Mahu Jadikan Ronaldo Ikon Normalisasi Dengan Saudi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAFFA, 09 Februari 2023 – Kementerian Luar rejim haram aparteid Israel sedang mempertimbangkan cadangan untuk merekrut bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo sebagai ikon normalisasi hubungan dengan Arab Saudi.

Lapor portal berita Timur Tengah, status pemain berprofil tinggi dan pengikut media sosialnya yang ramai itu berpotensi untuk digunakan oleh pendudukan haram dalam usaha untuk menormalisasi hubungan dengan Saudi.

Ini terbukti apabila pasukan bola sepak Al-Nassr yang dahulunya mempunyai sekitar 800,000 pengikut di laman sosial Instagram, kini mempunyai 12.8 juta pengikut.

Walau bagaimanapun, kementerian itu masih dalam fasa perbincangan dan tiada keputusan rasmi dibuat.

BACA JUGA: Diplomat Utama EU Berjiwa Rasis- Menteri Luar Rusia

BACA JUGA: KKM Tutup Restoran Makanan Segera Kota Kemuning

BACA JUGA: Bajet 2023: Galen Centre Cadang Mansuh Caj Hospital Kerajaan

Sebelum ini, Ronaldo telah mempromosikan syarikat rejim haram aparteid Israel apabila muncul dalam beberapa iklan firma telekomunikasi HOT. Pada 2017, satu daripada lima trofi Ballon d’Or miliknya telah dijual kepada orang terkaya Israel, Idan Ofer, dalam lelongan amal yayasan Make-A-Wish.

Mengulas lanjut, walaupun hubungan diplomatik rasmi antara Tel Aviv dan Riyadh tidak wujud, spekulasi bahawa Saudi akan mengikuti negara teluk Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain menormalisasi hubungan dengan rejim haram semakin berkembang.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu juga menyuarakan hasratnya bahawa kerajaan Saudi akan menjadi negara Arab seterusnya untuk menandatangani perjanjian Abraham.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: