Antarabangsa

Thailand Batal Rancangan Benarkan Warga Asing Miliki Tanah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGKOK, 09 November 2022 – Thailand membatalkan rancangan yang membenarkan pemilikan tanah terhad oleh warga asing ‘berharta’, lapor sebuah portal berita antarabangsa.

“Kementerian Dalam Negeri telah menarik balik cadangan… untuk mendengar pendapat daripada semua pihak agar ia komprehensif,” ujar jurucakap Kerajaan, Anucha Burapachaisri dalam sebuah sidang akhbar.

Menteri Dalam Negeri, Anupong Paochinda bagaimanapun menyifatkan isu yang dibangkitkan ini sebagai suatu “perkara yang rumit” dan memerlukan kajian bagi mempertimbangkan kebaikan serta keburukannya.

Dalam perkembangan lain, Thailand berusaha bagi menarik pelaburan asing bagi meningkatkan ekonomi menerusi pelbagai inisiatif termasuklah skim visa jangka panjang serta pelepasan cukai pendapatan untuk warga asing “berpotensi tinggi”, pesara berharta dan golongan profesional berkemahiran.

Awal tahun ini, pihak Kerajaan telah mengumumkan rancangan tersebut yang bertujuan untuk menarik pelaburan dari luar negara dengan memperuntukkan warga asing sebidang tanah berukuran 0.16 hektar sekiranya mereka melabur sekurang-kurangnya 40 juta baht (AS$1.07 juta) dalam sekuriti atau bon sekurang-kurangnya selama tempoh tiga tahun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: