Antarabangsa

Thailand Bakal Jadi Negara Pertama Asia Tenggara Halalkan Perkahwinan Jantina Sejenis

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

THAILAND, 11 Jun 2022 – Thailand bakal jadi negara pertama di Asia Tenggara yang menghalalkan perkahwinan jantina sama jenis selepas kabinet meluluskan Rang Undang-Undang yang menyokong perkahwinan itu.

Jurucakap kerajaannya, Ratchada Thanadirek berkata Rang Undang-Undang tersebut diluluskan kabinet selepas menerima pendapat daripada golongan LGBTQ serta kumpulan agama yang tidak menunjukkan sebarang bantahan dan ia akan dimajukan di Parlimen untuk kelulusan.

Menurutnya, Rang Undang-Undang tersebut bukan sahaja menyokong perkahwinan sejenis, tetapi ia turut membolehkan pasangan tersebut untuk mengambil anak angkat dan mengurus aset dan liabiliti mereka bersama.

Malah, ia turut membolehkan pasangan tersebut mempunyai warisan dan hak pewarisan antara mereka yang ketika ini ia bukanlah sebahagian daripada undang-undang semasa.

Tindakan kebinet mereka ini diambil selepas enam bulan apabila Mahkamah Perlembagaan mereka memutuskan bahawa undang-undang perlu diperluas bagi menjamin hak untuk lesbian, gay, transgender serta individu queer.

Tambahnya, jika Rang Undang-Undang tersebut diluluskan, Thailand akan menjadi bidang kuasa kedua Asia yang membenarkan perkahwinan sama jantina selepas Taiwan yang mula membenarkan perkahwinan sama jenis sejak 2019.

Lapor BFM News, sebagai pengiktirafan kepada perkahwinan tersebut, salah seorang antara pasangan haruslah dari warganegara Thailand.

Pasangan yang hendak mendaftar perkahwinan mereka haruslah berusia paling kurang 17 tahun.

Kata Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha, kebenaran ini adalah selaras dengan trend global berhubung kesaksamaan dan hak asasi manusia.

Leave a Reply

Back to top button