Netizen Malaysia Minta Rakyat ASEAN Kutuk Sultan Melayu?
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2022 – “Tawaran untuk orang Indonesia: sila kutuk pemerintah kami lebih banyak dan sebagai balasan kami akan kutuk kerajaan anda supaya kami tidak masuk penjara. Thailand juga boleh menyertai dan kami akan bercakap buruk tentang monarki anda,” war-war seorang pengguna Twitter, @_nsyakinah.
Dalam Twitternya itu, dia turut berkongsikan ciapan dari seorang pengguna Twitter lain yang mengutuk mantan Agong Malaysia ke-15, Sultan Muhammad V.
“Uruskan sultan kamu yang sedang berada dalam dunia gemerlap,” kata pengguna Twitter tersebut.
Urusin sultan lu yg dugem sama noh pic.twitter.com/ZlNVU21EVs
— PersonifikasiDaring (@ujgSigarantang) October 14, 2022
@_nsyakinah selanjutnya mempelawa seluruh ASEAN untuk bersama-sama mengutuk pemerintah negara masing-masing yang menurutnya sedang dalam keadaan demokrasi yang kucar-kacir.
Seruannya itu mendapat sokongan di mana seorang pengguna media sosial lain mahu menamakan ‘kerjasama’ ini sebagai “Durian Alliance”.
“Kami bersama-sama anda,” kata Neo Historia pula, yang turut melampirkan meme, mengutuk Sultan Melayu dan Thailand.
We are joining the game.https://t.co/rJQNNfkh1w
— Neo Historia (@NeoHistoria) October 18, 2022
“Fungsi Asean yang sesungguhnya,” kata Ellaariyunita pula.