Tempatan

Pembahagian Kekayaan di Malaysia Terburuk Berbanding Negara-negara Jiran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TERENGGANU, 16 Mei 2022 – “Kita memang yang paling teruk berbanding jiran-jiran kita.” Berikut merupakan ulasan Khalid Karim, pakar ekonomi, terhadap situasi keseimbangan pendapatan antara golongan 10% terkaya (T10) berbanding 10% termiskin (B10).

Menurut kepilan gambar yang beliau sertakan, data menunjukkan bahawa golongan T10 di Malaysia membolot sebanyak 33% hasil keseluruhan pendapatan dalam negara.

Peratusan ini jauh lebih tinggi berbanding Indonesia (29.6%) dan Vietnam (27.5%), manakala Thailand pula sedikit tinggi berbanding Malaysia, iaitu pada 33.1%.

Namun begitu, walaupun golongan T10 di Malaysia membolot keuntungan sedikit banyak berbanding Malaysia (2.3%), golongan B10 di Thailand (3.2%) jauh lebih beruntung berbanding B10 di Malaysia.

Jurang kekayaan dalam negara antara golongan kaya dan miskin membangkitkan kerisauan pakar terhadap kebajikan golongan kurang bertuah dalam negara ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: