Antarabangsa

Durian Tanpa Bau Dapat Sambutan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

THAILAND, 19 Julai 2022 – Berbeza dengan raja buah lain yang memiliki bau ‘busuk’ dan unik, durian tanpa bau jenis Pak Chong-Khao Yai ini mendapat sambutan orang ramai ketika di pesta Ladang Chokchai daerah Pak Chong.

Menurut pengusaha, durian daripada varian terkenal Mon Thong ini memiliki rasa manis, isi yang lembut serta tidak mempunyai bau kuat.

Apa yang lebih menarik, durian istimewa tersebut telah dianugerahkan persijilan indikasi geografik (GI) dan kejayaan itu diraikan di Nakhon Ratchasima, Wilayah di timur laut Thailand.

Pesta berkenaan dirasmikan oleh Chusak Chunkoh, Gabenor Nakhon Ratchasima yang turut menyerahkan sijil GI kepada 39 ladang durian di sekitar Pak Chong dan Khao Yai.

Difahamkan Jabatan harta Intelek telah mendaftarkan Pak Chong-Khao Yai sebagai varian produk GI tahun lalu.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: