Antarabangsa

Thailand & Vietnam Sepakat Naikkan Harga Beras Global

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGKOK, 31 Ogos 2022 – Thailand dan Vietnam bersetuju untuk bekerjasama dalam menaikkan harga beras di pasaran global.

Kenaikan harga beras itu adalah bertujuan bagi menaikkan harga beras eksport serta meningkatkan pendapatan petani, kata jurucakap dari Thailand.

Menurut Penasihat Menteri Pertanian Koperasi Thailand, Alongkorn Ponlaboot, rundingan serta cadangan untuk bersama-sama menaikkan harga itu bakal dibentangkan kepada Menteri Pertanian dari kedua-dua negara. Namun, tarikh pembentangan serta bila kenaikan harga itu akan berkuat kuasa masih belum diketahui.

“Adakah matlamat itu akan tercapai atau tidak? Saya tidak boleh menjawab. Tetapi hari ini kami mengambil langkah pertama bersama sebagai rakan kongsi strategik dalam pertanian,” jelasnya.

Thailand dan Vietnam menyumbang kira-kira 10 peratus daripada pengeluaran global beras kasar serta 26 peratus daripada ekspot global, menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: