Antarabangsa

Thailand Peruntukkan 4 Bilion, Persediaan Menghadapi Gelombang Baharu COVID-19

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGKOK, 20 Julai 2022 – Thailand memperuntukkan kira-kira 4 bilion baht sebagai persediaan menghadapi gelombang baharu wabak COVID-19 yang berpunca daripada peningkatan jangkitan dua subvarian Omicron, BA. 4 dan BA.5.

Lapor Malaysian Insight, jurucakap kerajaan Thailand, Thanakorn Wangboonkongchana mengatakan, “Kami sedang membuat persiapan untuk membendung kemungkinan gelombang baharu jangkitan Covid-19.”

Kerajaan negara itu membeli ubat antiviral bernilai 3.995 bilion baht yang merangkumi 165 juta tablet Favipiravir dan Molnupiravir, 57,000 vial Remdesivir serta 1 juta kit ujian pantas (RTK).

Cadangan tersebut yang dibuat Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara (NESDC) mendapat kelulusan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha pada Isnin lalu.

Terbaru, Thailand mencatatkan 1,814 kes baharu COVID-19 dengan 18 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,560,843 dan 31,013 kematian sejak Januari 2020.

Samudera.my sebelum ini melaporkan bahawa Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menyeru pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia agar melaksanakan semula sekatan kesihatan seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan pengudaraan yang baik dalam usaha menyampaikan pesanan risiko COVID-19 kepada orang awam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: