Tempatan

Sisters In Islam Persoal Undang-Undang Seks Dengan Mayat, Seks Luar Tabii & Lain-Lain Enakmen Jenayah Syariah Kelantan Baru

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 04 November 2021 – Pertubuhan Sisters In Islam (SIS) baru-baru ini menyuarakan kebimbangan terhadap enakmen baharu yang diperkenalkan di Kelantan dengan antara lain mempersoalkan keabsahan undang-undang menghukum hubungan seks dengan mayat, hubungan seks luar tabii dan lain-lain.  Mereka menyifatkan langkah tersebut sebagai “membimbangkan” dan “bahaya”.

Baca: Kes Hina Islam : Sisters In Islam Pertahan Hak Sarajun Hoda

Baca: SIS Cabar Undang-Undang Syariah Selangor – Keputusan Mahkamah Isnin Ini

Baca: Perbicaraan SIS Forum Tolak Kesahan Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor Diadakan Esok

“Kami dapati perkembangan ini membimbangkan dan bahaya kerana ia mencabuli prinsip asas demokrasi dengan membendung daya pemikiran dan ekspresi yang kritis dalam menghukum mereka yang tidak selari dengan panduan kerajaan,” menurut SIS dalam kenyataan rasmi mereka.

Mereka turut menegaskan bahawa tindakan Kerajaan Negeri Kelantan merupakan sesuatu yang melampaui bidang kuasa susulan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam sebuah kes liwat yang berlaku di Bangi pada tahun 2019.

Rentetan kes tersebut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang melarang aktiviti seks luar tabii diputuskan sebagai tidak sah dan tidak boleh digunapakai.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada 31 Oktober baru-baru ini mengumumkan dalam sebuah sesi atas talian bahawa Kelantan sedang dalam langkah mengeluarkan undang-undang yang bertujuan untuk mendidik pesalah dan bukan semata-mata menghukum.

Enakmen tersebut turut menyentuh isu seperti kegiatan sihir, percubaan murtad dari Islam dan mengadakan hubungan seks dengan jasad bukan manusiawi seperti pokok dan lain-lain.

SIS pada tahun 2018 turut bertindak membantah hukuman yang dikenakan ke atas pasangan lesbian beragama Islam di Terengganu yang dijatuhkan hukuman rotan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: