Tempatan

Perbicaraan SIS Forum Tolak Kesahan Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor Diadakan Esok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2021 – Perbicaraan berkaitan cabaran dari SIS Forum Bhd memohon perisytiharan bahawa Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor sebagai tidak sah akan diadakan esok pagi.

Ia akan berlangsung di Mahkamah Persekutuan, maklum Datuk Zainul Rijal Abu Bakar di dalam Facebooknya.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang dibenarkan mencelah oleh Mahkamah Persekutuan akan diwakili oleh tiga orang dari firma Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia itu.

Manakala Kerajaan Negeri Selangor akan diwakili oleh YB Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor.

“Firma saya mewakili MAIS di mana tiga orang peguam akan berhujah iaitu En Zainur Zakaria, Hj Haniff Khatri dan Hj Abdul Rahim,” ujar beliau.

“Kami dari team pelbagai firma dan peguam bertungkus-lumus berusaha mempertahankan Seksyen 66A tersebut. Sekarang kami menagih dari tuan puan agar berdoa kepada Allah SWT agar kejayaan memihak kita.”

Kata Datuk Zainul Rijal lagi, kes ini penting bagi melihat kedudukan Mahkamah Syariah dalam sistem perundangan negara.

Pada 21 Januari 2020, SIS Forum memfailkan notis usul antara lainnya memohon deklarasi bahawa Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagai tidak sah.

Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor adalah
berkaitan dengan kuasa semakan kehakiman dalam hal ehwal Islam di Mahkamah Syariah.

27 Ogos 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman SIS terhadap fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyatakan NGO itu sebagai sesat atas alasan hanya Mahkamah Syariah Selangor boleh menentukan tindakan undang-undang terhadap fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama negeri.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: