SIS Cabar Undang-Undang Syariah Selangor – Keputusan Mahkamah Isnin Ini
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 17 Februari 2022 – Mahkamah Persekutuan menetapkan Isnin 21 Februari ini sebagai tarikh keputusan bagi cabaran yang dikemukakan NGO Sisters in Islam (SIS) terhadap sebuah peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
BACA: ”Aku Akan Cabar Islam Kamu” – Siti Kasim
BACA: Surau-Surau Jerit Azan Sesama Sendiri. Sangat Bising – Siti Kasim
BACA: Kita Patut Jenayahkan Khitan Perempuan – CEO Galen
Cabaran yang dikemukakan SIS adalah berkaitan keabsahan Seksyen 66A enakmen tersebut yang membolehkan Mahkamah Syariah untuk mengendalikan kes semakan kehakiman.
Semakan kehakiman adalah sebuah proses mahkamah di mana kewajaran tindakan badan kerajaan termasuk institusi keagamaan boleh disemak dengan mengemukakan permohonan di Mahkamah.
Baru-baru ini mahkamah telah mendengar hujahan-hujahan pihak terlibat, di mana SIS dan Penasihat Undang-undang Negeri Selangor diwakili oleh peguam, Datuk Malik Imtiaz Sarwar.
Kerajaan Selangor pula diwakili oleh Datuk Salim Soib @ Hamid, manakala Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) diwakili oleh Zainur Zakaria dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla.
Panel Sembilan hakim yang diketuai Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Hakim Negara, telah menangguhkan sidang mahkamah setelah hujahan-hujahan pihak disampaikan bagi mempertimbangkan fakta-fakta yang dikemukakan kesemua pihak.
Terdahulu, SIS telah difatwakan sebagai sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada Julai 2014. Fatwa tersebut telah dicabar oleh SIS dalam sebuah proses mahkamah berasingan yang berjalan semenjak Oktober 2014.