Tempatan

Viral Terajang Bapa, Pergaduhan “Geng Taik Ubat”?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KEDAH, 17 Februari 2022 – Tular di media sosial video menunjukkan seorang pemuda menerajang bapa tirinya di luar sebuah rumah selepas berang gagal mendapatkan wang untuknya membeli dadah.

BACA: Syarikat Bumiputera Mengaku Salah Tuduhan Bekal Minyak Masak Berlebihan
BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini – Lee Yoon Yeau
BACA: Harga Barang Dijangka Naik Selepas Tahun Baru Cina – DPMM

Suspek dikatakan merupakan seorang penagih dadah yang tegar dan sering memukul mangsa sekiranya mangsa enggan memberikan duit kepadanya untuk membeli dadah.

Selepas pihak polis mengesahkan kejadian ini berlaku, tular pula rakaman audio yang mendedahkan bahawa kejadian sebenarnya berpunca dari pergaduhan “Geng Taik Ubat”. Dakwaan ini yang disebarkan melalui mesej audio yang ditular dengan meluas, dirakamkan oleh pihak yang mendakwa mendapat maklumat tentang isu sebenar yang mencetuskan pergaduhan tersebut.

Individu dalam rakaman suara tersebut menyatakan bahawa mangsa yang diterajang merupakan salah seorang yang terbabit dengan masalah penyalahgunaan bahan.

Kejadian didakwa berlaku selepas suspek berang dengan tindakan mangsa yang dikatakan telah “mengambil barang” suspek.

Individu yang sama turut mendakwa kawasan di mana kejadian berlaku memang terdapat masalah penagihan yang teruk di kalangan penduduk tempatan.

“Orang lain tak ambik peduli pun, dah tau puak-puak tu ramai taik ubat.. hak tua-tua nak mampuih pun ramai…” ujar individu dalam rakaman suara berkenaan.

Statistik dari Agensi AntiDadah Kebangsaan 2020 mendedahkan, 8.2% bilangan penyalah guna & penagih dadah serta bahan datangnya dari rakyat negeri Kedah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: