Tempatan

Penderhaka Raja Boleh Disiasat Bawah Seksyen 121B – Haniff Khatri Abdulla

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 30 September 2021 – “Kalau ada betul-betul, mana-mana pihak yang merancang dan berusaha atau mewujudkan satu kesalahan jenayah untuk menjatuhkan sistem beraja di Malaysia, maka pelaku boleh disiasat di bawah Seksyen 121B dan hukumannya adalah penjara seumur hidup termasuk denda,” kata peguam, Haniff Khatri Abdulla.

“Bagaimanapun, ciapan yang tertera di Twitter itu saya secara neutralnya belum nampak apa yang ditulis itu termasuk dalam kategori 121B, tetapi jika selepas ciapan itu menjadikan dia berusaha untuk menjatuhkan sistem beraja, maka baru perkara itu boleh disiasat.”

Ujarnya, Seksyen 121B Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang Dipertua Negeri.

“Iaitu menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan YDPA dari Pertuanan Malaysia atau perlucutan atau perlucutan Raja-Raja, bakal-bakal atau penggantinya-penggantinya, atau YDP Negeri dari pemerintahan sesebuah negeri, atau mempertakutkan kerajaan Malaysia, atau kerajaan mana-mana negeri dengan jalan kekerasan jenayah atau dengan menunjukkan kekerasan jenayah. Maka hukuman adalah penjara seumur hidup dan dikenakan denda.”

“Seperkara, mengikut seksyen-seksyen ini tergolong dari Seksyen 120 ke atas sampailah ke Seksyen 130, ini tergolong dalam undang-undang yang dipindahkan di bawah SOSMA.”

Maksudnya, kalau seseorang itu dipercayai membuat kesalahan di bawah Seksyen 121B misalnya, maka kalau polis menyiasat, dia boleh ditahan di bawah undang-undang SOSMA, iaitu bukan untuk tempoh 24 jam kemudian direman 7 hari dan sebagainya, sebaliknya dia akan ditahan terus tanpa dibawa ke hadapan Majistret.

Dan apabila dituduh, dia tidak boleh diberi jamin. Kemudian apabila dia menang kes ini, selagi pihak pendakwa raya merayu, maka dia masih akan duduk di dalam penjara.

“Jadi apakah perkara yang mengakibatkan merancang, mereka-reka ataupun berusaha untuk menjatuhkan sistem beraja ini bergantung kepada fakta dan keadaan. Tetapi saya sukar untuk memberi contoh kerana setakat ini belum ada mana-mana pihak yang disiasat dibawah Seksyen 121B.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: