Tempatan

Kita Patut Jenayahkan Khitan Perempuan – CEO Galen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Februari 2022 – Azrul Mohd Khalib, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial berkata, kita perlu melarang dan menjenayahkan perbuatan khitan perempuan demi melindungi bayi dan kanak-kanak perempuan tanpa sebarang alasan.

Desakan secara terbuka Pusat Galen untuk mendesak pengharaman amalan khitan perempuan di Malaysia ini adalah bersempena dengan Hari Antarabangsa Zero Toleransi Untuk Sunat Perempuan pada 6 Februari 2022 baru-baru ini.

BACA: Puting Beliung Diramal Bakal Melanggar Selangor, Perak Dan Lain-Lain – Pengarah Kanan METMalaysia

BACA: Sekolah Cina Tolak Ribuan Guru BM Kementerian, Lantik Walk in Bangsa Cina

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Azrul mengambil kesempatan itu untuk membidas golongan profesional perubatan yang menggunakan alasan agama dan budaya bagi mewajarkan amalan ini sedangkan mereka sepatutnya melihat dari sudut perubatan.

“Adalah membimbangkan memandangkan beberapa profesional perubatan, tidak berpandukan pada perubatan yang berasaskan bukti, menggunakan hujah agama dan budaya untuk mewajarkan kewujudan berterusan dan keperluan untuk khitan perempuan.”

“Mengapa? Kerana tidak ada hujah perubatan untuk mewajarkan prosedur ini.”

Dakwa beliau, amalan khitan perempuan ini adalah perbuatan memotong alat kelamin wanita, dan ianya tidak mempunyai asas dari sudut agama.

“Khitan perempuan adalah memotong alat kelamin perempuan. Amalan ini tidak ada kebaikan dari segi perubatan, dan tidak ada asas dalam agama,” tegasnya lagi.

Beliau juga mendakwa amalan ini tidak mempunyai tempat dalam agama Islam, walaupun beliau sedar bahawa pendapatnya ini adalah bertentangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menggariskan bahawa amalan khitan perempuan “adalah wajib bagi kanak-kanak perempuan”.

Azrul menegaskan, “Ianya tidak dinyatakan dalam al-Quran.”

Pendapat Azrul ini adalah selari dengan pendapat yang dikemukakan oleh Shareena Sheriff, Pengurus Program untuk Advokasi, Perkhidmatan Undang-Undang dan Penyelidikan Sisters in Islam .

Menurut Shareena, amalan khitan untuk perempuan hanyalah sekadar ijtihad ulama dan tidak mempunyai nas dari al-Quran mahupun hadis yang mewajibkannya.

“Tiada surah dalam Al-Quran atau hadis mewajibkan sunat perempuan.”

“Bukan itu sahaja, amalan FGM ini juga datang daripada budaya Yahudi dan Arab Jahililiyyah sebelum kedatangan Islam.”

“Sunat perempuan bukan budaya Islam kerana dipraktikkan sebelum kedatangan Islam lagi oleh Yahudi dan Arab Jahiliyah.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: