Tempatan

Taraf Sarawak Berbeza Dengan Negeri Lain

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SARAWAK, 17 Februari 2022 – “Untuk menggambarkan dengan tepat bahawa status Sarawak adalah berbeza berbanding negeri-negeri lain dalam Persekutuan, adalah dicadangkan gelaran ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’.”

BACA: Negara Sarawak Boleh Merdeka! Sarawak Merdeka! – YB Priscilla Lau
BACA: Cina Generasi Ketiga Layak Diiktiraf Bumiputera – ADUN DAP Sarawak
BACA: Hak Muslim Minoriti Sabah Bina Masjid Ditentang Sejak Merdeka – CONCERN

Berikut merupakan petikan ucapan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, dalam Persidangan hari kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru-baru ini.

Bercakap mengenai penukaran gelaran “Ketua Menteri” kepada “Premier” di Sarawak, beliau menegaskan bahawa penukaran ini adalah untuk membezakan status Sarawak selari dengan sistem yang diamalkan negara-negara Komanwel lain seperti Kanada dan Australia.

“Di negara-negara Komanwel lain yang ditubuhkan dengan cara yang sama seperti Malaysia, termasuklah Australia dan Kanada, Ketua Persekutuan digelar ‘Perdana Menteri’ dan ketua bagi wilayah-wilayah yang membentuk Persekutuan digelar ‘Premier‘.

Manakala pecahan kawasan atau negeri-negeri lain diketuai oleh Ketua Menteri,” jelas beliau dalam sidang berkenaan.

DUN Sarawak pada Selasa baru-baru ini telah meluluskan penukaran gelaran “Ketua Menteri” Sarawak kepada “Premier”, selain dari menukarkan gelaran “Menteri Muda” kepada “Timbalan Menteri”.

Leave a Reply

Back to top button