Tempatan

4 Kekosongan Hakim Mahkamah Persekutuan Bakal Diisi – Ketua Hakim Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 09 Januari 2023 – Empat kekosongan jawatan di Mahkamah Persekutuan bakal diisi tidak lama lagi, kata Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Menurut beliau, semua perundingan dengan eksekutif mengenai proses pelantikan telah pun selesai dilakukan selepas Majlis Raja-Raja “mempertimbangkan beberapa kertas kerja” dalam mesyuaratnya November lalu tanpa mengulas dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: Kes Harga Babi Masuk Parlimen, Kes Harga Ayam & Telur Simpan – CIJ

BACA JUGA: Isu CPTPP: Gabungan Kedaulatan Negara Cadang Adakan Dialog Bersama Zafrul 16 Januari ini – Gabungan Kedaulatan Negara

BACA JUGA: Status Perak Sebagai Negeri Tertinggi Tanah Rizab Melayu Jadi Persoalan

Empat kekosongan jawatan ini adalah susulan daripada persaraan Hakim Rohana Yusuf (Presiden Mahkamah Rayuan), Azahar Mohamed (Hakim Besar Malaya), Zaleha Yusof dan Zawawi Salleh.

Tengku Maimun berkata, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang dipengerusikannya telah mencadangkan penggantian Hakim Zaleha dan Zawai awal tahun lalu tetapi pelantikan tersebut tidak berlaku disebabkan “gangguan”.

Azahar bersara pada Oktober dan Rohana pada November tahun lalu, ujarnya.

Hakim tertinggi turut menjawab kepada laporan baru-baru ini bahawa Mahkamah Persekutuan tidak menjalankan pendengaran pertikaian keluarga berikutan kekurangan hakim yang ada untuk membentuk koram.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: