Tempatan

Ibu Tidak Putus Asa Untuk Islamkan Anak, Cabar Keputusan Mahkamah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 01 Februari 2022 – Seorang ibu yang telah menukar agamanya daripada Buddha kepada Islam akan meneruskan usahanya untuk memohon di Mahkamah Persekutuan supaya agama dua anaknya turut ditukarkan kepada Islam.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan telah membenarkan keputusan dari Mahkamah Tinggi yang menyebelahi bapa kepada dua anak terbabit, iaitu untuk mengekalkan agama kanak-kanak terbabit dan hanya membenarkan sebarang penukaran agama dengan persetujuan kedua-dua ibu dan bapa.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Peguam kepada ibu tersebut menyatakan bahawa mereka tidak akan berputus asa walaupun baru-baru ini Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) gagal meyakinkan mahkamah yang sama untuk membenarkan penukaran agama anak oleh satu pihak sahaja.

“Kita tidak akan tinggalkan permohonan rayuan kita hanya kerana MAIS tidak berjaya. Kita tidak patah semangat oleh keputusan mahkamah tertinggi tersebut minggu lepas,” ujar Arham Rahimy Hariri, peguam, seperti yang dilaporkan oleh portal Free Malaysia Today.

Antara persoalan utama yang bakal dibincangkan di peringkat Mahkamah Persekutuan nanti adalah samada terdapat kesilapan dalam penafsiran Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi pada tahun 2018.

Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa penukaran agama anak bawah umur perlulah dengan persetujuan ibu atau bapa.

Baru-baru ini MAIS telah kalah dalam rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan untuk memohon supaya penukaran agama anak kepada Islam oleh satu pihak disahkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: