Khitan Cara Islam Selamat, Tidak Jejas Hal Hawa – Mufti Pulau Pinang
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
GEORGE TOWN, 07 Februari 2023 – Khitan cara Islam terbukti selamat dan tidak boleh dianggap menjejaskan hak kaum Hawa, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor.
Beliau yang membidas kenyataan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sisters In Islam (SIS) itu berkata, khitan merupakan salah satu daripada lima sunat fitrah selain daripada mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut buku ketiak.
Malah, majoriti fuqaha turut berpandangan bahawa khitan ini adalah wajib hukumnya ke atas lelaki dan sunat ke atas wanita.
BACA JUGA: Augustus 382BC Dapatkan Besi Kedah Untuk Bina Jalan Di Eropah
BACA JUGA: Gempa Bumi Turki-Syria: Ratusan Maut, Tiada Laporan Babitkan Warga Malaysia
BACA JUGA: Sisters In Islam, Kryss Network Dapat RM3.5 Juta Dana Daripada EU
“Khitan memudaratkan dikenali sebagai ‘khitan Firaun’ iaitu membuang daging klitoris dengan kuantiti yang banyak atau sebahagian besar daripadanya, khitan sedemikian tidak diakur oleh syariat Islam.”
“Apa yang SIS heboh-heboh itu bukan masalah pun, itu dipanggil ‘theodo problem’ yakni masalah yang sengaja diada-adakan,” jelas beliau.
Tambahnya lagi, khitan perlu dilaksanakan dengan cermat oleh pengkhitan yang mahir supaya ia tidak memudaratkan individu yang dikhitan.
Jelasnya, khitan yang disarankan dalam Islam boleh menyederhanakan syahwat wanita supaya tidak mudah terangsang dan tidak pula menjadi sejuk.
Baru-baru ini, samudera.my menyiarkan kenyataan daripada SIS dan beberapa NGO yang menggesa pihak Kerajaan untuk mengkaji semula fatwa 2009 berhubung kewajipan khitan bagi wanita.