Mahkamah Persekutuan Benarkan SIS Forum Kemuka Rayuan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan
Putrajaya (21 Ogos 2023) – Mahkamah Persekutuan hari ini memberikan kebenaran kepada Pemohon-Pemohon, SIS Forum (Malaysia) dan Zainah Mahfoozah Binti Anwar untuk kemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Mac 2023.
Keputusan sebulat suara dibuat oleh 3 panel Hakim di Mahkamah Persekutuan di dalam melibatkan Yang Amat Arif Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar (Presiden Mahkamah Rayuan), Yang Amat Arif Dato’ Mohamad Zabidin Bin Mohd Diah (Hakim Besar Malaya), Yang Arif Tan Sri Datuk Nallini Pathmanathan (Hakim Mahkamah Persekutuan).
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor dinamakan sebagai responden-responden kes.
Peguam-peguam bagi pemohon, Malik Imtiaz Sarwar, Sabrina Mohd Ameen dan Surendra Ananth. Aidil Khalid, Harizz Yusuff, Danial Farhan dan Ali Huzaifah mewakili Responden 1. Yusfarizal Yusuff dan Majidah Muda mewakili Responden 2 dan Khairul Nizam Bin Abu Bakar serta Husna Binti Abdul Halim mewakili Responden 3.
SIS FORUM (Malaysia) di dalam notis usul kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan mengemukakan 10 persoalan perlembagaan. Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran 10 persoalan tersebut dihujahkan di Mahkamah Persekutuan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
10 persoalan yang dibenarkan untuk dihujahkan seperti berikut:
1. Adakah keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Co-Operative Central Bank Ltd (In Receivership) v Feyen Development Sdn Bhd [1997] 2 MLJ 829 mempunyai kesan menghalang Mahkamah Rayuan daripada memandang sesuatu keputusan Mahkamah Persekutuan sebagai tidak mencerminkan pendirian perundangan atas sesuatu isu oleh kerana keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut hanya berstatus obiter dicta?
2. Sama ada hak untuk keadilan bicara dan untuk proses yang sewajarnya sepihak kepada suatu rayuan di Mahkamah Rayuan, seperti mana yang di jamin di dalam Artikel 5(1) dan 8(1) Perlembagaan Persekutuan, telah dikompromi oleh kerana perkara-perkara berikut yang diseneraikan, sehingga ia boleh di katakan wujudnya suatu bahaya yang nyata yang keputusan Mahkamah telah bertindak secara berat sebelah yang nyata oleh pihak Mahkamah:
2.1. Apabila Mahkamah telah enggan untuk menerimapakai keputusan Mahkamah Persekutuan dengan melihat keputusan tersebut sebagai hanya obiter dicta walaupun sangat jelas keputusan tersebut itu terpakai dan bukan obiter dicta;
2.2. Apabila Mahkamah membuat suatu pendapatan yang mempunyai efek menentukan isu yang tidak dibangkitkan oleh mana-mana pihak di dalam prosiding dan tidak memberi peluang kepada mereka untuk di dengar atas isu tersebut;
2.3. Apabila Mahkamah bergantung kepada sumber yang diperolehi secara bebas (independently) oleh Mahkamah yang tidak di rujuk kepada mana-mana pihak sewaktu pendengaran, dan di mana peluang untuk berhujah berkenaannya tidak diberi; dan
2.4. Berkaitan dengan soalan 2.3, apabila sumber yang dirujuk di sediakan oleh seorang ahli semasa Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
3. Adakah suatu fatwa, yang telah diterbitkan di dalam Warta di bawah seksyen 48(6), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (‘Enakmen 2003’), merupakan suatu undang-undang subsidiari (subsidiary laws) dan/atau perundangan yang diberikan (delegated legislation)?
4. Sekiranya ya, adakah Mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk menyemak kehakiman pembuatan suatu fatwa atau penerbitannya di dalam Warta di bawah seksyen 48(6) Enakmen 2003, apabila ia diwartakan atas dasar am yang sedia ada untuk mengkaji undang-undang subsidiari atau perundangan yang diberikan, termasuk keperlembagaan dan menyalahi undang-undang (illegality)?
5. Sekiranya ya, adakah pembuatan suatu fatwa, atau penerbitannya di dalam Warta menurut seksyen 48(6) Enakmen 2003, tertakluk kepada jaminan kebebasan asasi di dalam Bahagian II, Perlembagaan Persekutuan di mana fatwa tersebut tidak boleh mempunyai efek menyekat dan/atau melarang kebebasan bercakap dan bersuara yang dijamin di bawah Artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan atau bertentangan dengan Artikel 11(5)?
6. Setelah mengambilkira seksyen 12(c) dan/atau 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995, adakah suatu fatwa tertakluk kepada prinsip nullum crimen sine lege, nulla peona sine lege (tiada kesalahan atau hukuman kecuali menurut undang-undang yang nyata dan tetap) seperti mana dijaminkan di dalam Artikel 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan?
7. Bolehkah Mahkamah melihat atau menganggap sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Syarikat 2016 sebagai seorang yang menganut sesuatu agama?
8. Apabila membuat atau menyediakan suatu fatwa menurut seksyen 47 hingga 49 Enakmen 2003, sama ada fatwa yang diterbit di dalam Warta menurut seksyen 48(6) Enakmen 2003 atau sebagainya, adakah Jawatankuasa Fatwa yang ditubuhkan menurut seksyen 46 Enakmen 2003 mempunyai kuasa untuk memberi arahani di dalam fatwanya kepada agensi atau badan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri?
9. Apabila seksyen 48 Enakmen 2003 yang berkait dengan prosedur untuk membuat suatu fatwa harus di baca sebagai menanggungjawabkan Jawatankuasa Fatwa untuk mematuhi kaedah berkenaan keadilan semulajadi, termasuk peluang untuk didengar, seperti mana yang dijaminkan di dalam Artikel 5(1) dan/atau Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan?
10. Adakah mandatori untuk Jawatankuasa Fatwa untuk menggunakan prosedur di dalam seksyen 51 Enakmen 2003 apabila fatwa berkenaan berkait dengan perkara yang boleh menjejaskan kepentingan negara menurut tafsiran di dalam seksyen 51(3) Enakmen 2003?