Tempatan

Kes Hina Islam : Sisters In Islam Pertahan Hak Sarajun Hoda

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 06 Ogos 2021 – Sisters in Islam (SIS) membantah pendakwaan terhadap Bekas Timbalan Pengerusi Bersih 2.0, Sarajun Hoda yang didakwa di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas tuduhan membuat hantaran jelik mengenai agama Islam di media sosial, April lalu dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Dua lagi NGO, Centre for Independent Journalism (CIJ) dan Justice for Sisters (JFS) juga turut bersama-sama SIS menyatakan bantahan mereka.

“Laporan berita menyatakan Sarajun Hoda memberikan kerjasama penuh untuk hadir ke mahkamah. Walaupun beliau meminta untuk dibicarakan semula, kami percaya beliau tidak sepatutnya didakwa sejak dari awal.”

Sarajun Hoda dalam satu kenyatan di Facebook mencadangkan agar Islam dibuang sebagai agama rasmi di Malaysia, JAKIM ditutup dan agama dibuang daripada urusan kerajaan dan sekolah-sekolah.

Tegas mereka, “Perlu diketahui bahawa institusi seperti JAKIM adalah birokrasi kerajaan yang dikendalikan oleh perkhidmatan awam. Birokrasi kerajaan bukan tuhan/suci. Mereka harus terbuka untuk pemeriksaan dan perselisihan umum baik melalui tulisan, debat umum atau perbincangan, kerana kebebasan bersuara dan berekspresi termaktub dalam Artikel 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.”

Justeru, rakyat Malaysia tidak patut didakwa hanya kerana mengekspresikan idea atau pendapat.

“Rakyat Malaysia juga tidak perlu takut akan penganiayaan sekiranya berlaku sebarang perbezaan pendapat dan kritikan.”

Dalam masa yang sama, ketiga-tiga NGO berkenaan menyatakan, Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sudah lama diperdebatkan sebagai bermasalah kerana ia dianggap kabur dan tidak jelas.

“Ia sering disalahgunakan untuk mengekang kebebasan bersuara dan berekspresi, menolak pandangan alternatif dan menyekat rakyat Malaysia daripada maklumat dan pengetahuan.”

April lalu, Sarajun Hoda Abdul Hassan di dalam Facebooknya mencadangkan sembilan perkara tentang bagaimana untuk menjadi lima negara teratas dalam indeks Islamcity.

Perkara pertama adalah membuang Islam sebagai agama rasmi diikuti dengan menutup JAKIM.

3 Ogos baru-baru ini, beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman di Mahkamah Sesyen Taiping.

Siti Noraida kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin di samping syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: