Antarabangsa

Akhirnya, Singapura Izinkan Jururawat Tutup Aurat Setelah 56 Tahun Merdeka

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SINGAPURA, 04 November 2021 – Kerajaan Singapura akhirnya bersedia membenarkan jururawat Islam dalam sektor penjagaan kesihatan awam untuk memakai tudung dengan pakaian seragam di tempat kerja bermula awal November ini, setelah umat Islam sabar menanti selama hampir 6 dekad.

Kelonggaran ini memberi kelegaan kepada 7,000 jururawat Muslimah yang selama ini terpaksa menahan keinginan mereka yang meluap-luap untuk menyempurnakan tuntutan iman mereka, meskipun mereka masih diperintahkan oleh pihak kerajaan untuk mendedahkan sebahagian daripada lengan mereka ketika bekerja.

Berita baik ini telah diumumkan Perdana Menteri negara itu, Lee Hsien Loong semasa ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan pada Ahad, 29 Ogos 2021 lalu.

“Pengumuman itu merupakan berita yang sangat dialu-alukan di kalangan kakitangan wanita Muslim di seluruh hospital IHH Healthcare Singapore, Parkway Shenton, makmal dan pusat radiologi. Mereka teruja kerana dibenarkan memakai tudung di tempat kerja mulai November ini dan berterima kasih atas perubahan dasar itu,” kata Puan Josephine Ong, Pengarah Kejururawatan di IHH Healthcare Singapura.

Tambah Puan Ong, hospital swasta dan penyedia penjagaan kesihatan juga akan mengikuti perubahan yang dilaksanakan dalam sektor penjagaan kesihatan awam.

“Sebagai penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar negara, kami akan menerajui dalam membenarkan jururawat wanita Muslim dan kakitangan penjagaan kesihatan di sektor swasta memakai tudung sebagai tambahan kepada pakaian seragam mereka.”

Berita gembira ini juga disambut baik di Pusat Perubatan Thomson (TMC) di mana pengurusan pusat menyampaikan perubahan dasar tersebut kepada jururawat mereka melalui panggilan harian, taklimat ad-hoc dan pekeliling rasmi sepertimana yang dimaklumkan oleh Cik Siti Hosier, Pengarah Kejururawatan di Thomson Medical Pte Ltd.

Dalam ucapan Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang disiarkan di televisyen itu, beliau berkata, tudung kini lazimnya dipakai dalam kebanyakan tetapan “tanpa sekatan”, termasuk di ruang awam, tempat kerja dan di Parlimen.

Namun, pemakaian tudung masih tidak dibenarkan bagi pakaian seragam seperti pakaian seragam sekolah, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Dalam Negeri dan di hospital awam.

Status quo mesti dikekalkan untuk perkhidmatan beruniform, kata Lee.

Leave a Reply

Back to top button